Monday, April 11, 2011

ADAKAH KAMU SI PENIPU BESAR???

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA...

entri kali ni tentang soal jawab..
adakah me ni SI PENIPU BESAR
dalam sebuah percintaan???
bercinta ka me ni???hahahahaha...
sja ja nak test soal jawab ni...
xsemstinya kena bercinta baru leh jawab kan...
jom ikuti kuiz ni bersama2 me....

1. ADAKAH KAMU SELALU RASA MALU?

a) Tak pernah (markah = 20)
b) Jarang sangat (markah = 15)
c) Kadang-kadang (markah = 10)
d) Selalu (markah = 5)
e) Saya memang jenis pemalu (markah = 0)

Jawapan : C (markah 10)

2. SEKUMPULAN LELAKI MENGUSIK DAN BUAT
"FEWWITTT" KEPADA KAMU.TINDAKAN KAMU?

a) Melambai-lambaikan tangan pada mereka
    dan memberikan senyuman (markah = 20)
b) Rasa dihargai (markah = 15)
c) Tidak mempedulikan mereka (markah = 10)
d) Rasa malu (markah = 5)
e) Rasa marah (markah = 0)

Jawapan : E (markah 0)

3. PERNYATAAN MANA YANG BETUL
    PADA PEMERHATIAN ANDA?

a) Pasangan merupakan orang kegemaran saya (markah = 0)
b) Saya suka pada pasangan saya sangat-sangat (markah = 5)
c) Saya lebih sayang pada pasangan saya yang sebelum ni
    berbanding sekarang (markah = 10)
d) Saya tidak beberapa suka pada pasangan saya (markah = 15)
e) Saya benci pada pasangan saya (markah = 20)

Jawapan : A (markah 0)

4. SEJAUH MANA KAMU PERCAYA PADA SEKS
    SEBELUM BERKAHWIN

a) Ia adalah perkara sangat penting (markah = 20)
b) Ia agak penting juga (markah = 15)
c) Ia merupakan kepercayaan yang perlu dipupuk sebelum
    melangkah ke alam perkahwinan (markah = 10)
d) Terpulang kepada individu masing-masing (markah = 5)
e) Isy..mana bole..haram seks sebelum berkahwin (markah = 0)

Jawapan : D (markah 5)

5. JIKA KAMU TAHU PASANGAN KEPADA TEMAN BAIK
    KAMU CURANG,TINDAKAN KAMU?

a) Terus beritahu kepada teman baikmu! (markah = 20)
b) Tutup mulut kamu rapat-rapat (markah = 0)
c) Beri masa kepada pasangan teman baikmu
    untuk berubah (markah = 10)
d) Jangan beritahu teman baik kamu dan tunggu
    sehingga dia tahu sendiri (markah = 5)
e) Kamu berfikir baik dan buruk kalau kamu beritahu (markah = 15)

Jawapan : B (markah 0)

6. JEJAKA TAMPAN DI DALAM PEJABAT KAMU
    MULA MERAPATI KAMU.TINDAKAN KAMU?

a) Kamu terus tergoda dan melayan si dia (markah = 0)
b) Buat macam biasa namun kamu berlagak cool (markah = 5)
c) Kamu buat tak tahu sahaja dan tidak melayan (markah = 10)
d) Kamu enjoy apabila ada orang meminati kamu (markah = 15)
e) Secara rahsia kamu berjumpa dengannya (markah = 20)

Jawapan : A (markah 0)

7. PERNYATAAN MANAKAH YANG SAMA DENGAN
    PRINSIP HIDUP KAMU?

a) Perkahwinan amat menakutkan! (markah = 0)
b) Perkahwinan adalah lumrah kehidupan (markah = 5)
c) Perkahwinan sangat penting dan semua orang
    patut berkahwin (markah = 10)
d) Jika perkahwinan seseorang itu kekal
    mereka sangat bertuah (markah =15)
e) Jika perkahwinan itu tidak kekal, ada orang
    yang lebih sesuai dengan mereka (markah = 20)

Jawapan : A (markah 0)

8. JIKA KAMU TERPAKSA MENIPU SESEORANG,
    ADAKAH KAMU....?

a) Beritahu sahaja penipuan itu dan lupakannya selepas itu (markah = 20)
b) Beritahu dan tunjukkan bukti sekali supaya orang
    lebih percaya (markah = 15)
c) Kamu akan tergagap-gagap apabila menipu (markah = 10)
d) Kamu memohon ampun kepada Tuhan kerana
    kamu terpaksa menipu (markah = 5)
e) Kamu tidak pandai menipu kerana orang lain
    boleh tahu kebenarannya (markah = 0)

Jawapan = E (markah 0)

9. ADAKAH KAMU SELALU BOSAN BILA BERSEORANGAN?

a) Saya sangat mudah bosan dan selalu bosan (markah = 20)
b) Agak mudah bosan juga (markah = 15)
c) Jarang bosan sebab ada banyak benda nak buat (markah = 10)
d) Kadang-kadang saja bila duduk seorang diri (markah = 5)
e) Saya tak pernah bosan (markah = 0)

Jawapan : D (markah 5)

10. APA YANG KAMU PAKAI APABILA TIDUR?

a) Dress tidur satin yang lembut dan berwarna terang (markah = 20)
b) Seluar panjang dan t-shirt kapas (markah = 5)
c) Seluar pendek dan singlet (markah = 15)
d) T-shirt dan kain batik sahaja (markah = 0)
e) Saya gemar tidur tak pakai apa-apa (markah = 10)

Jawapan : C (markah 15)

11. KAMU SELALU RASA?

a) Tua sebelum usia (markah = 0)
b) Umur kamu yang sebenar (markah = 5)
c) 5 tahun lebih muda (markah = 10)
d) 10 tahun lebih muda (markah = 15)
e) Lebih dari 10 tahun lebih muda (markah = 20)

Jawapan : A (markah 0)

12. KAMU RASA CINTA ADALAH

a) Menyatukan kita semua (markah = 20)
b) Menyatukan kita dengan pelbagai bantuan lain (markah = 15)
c) Hanya bertahan apabila ada duit (markah = 0)
d) Tak akan bertahan lama (markah = 10)
e) Cinta tidak wujud (markah = 5)

Jawapan : C(markah 0)

13. APAKAH WARNA KEGEMARAN KAMU?

a) Merah (markah = 20)
b) Putih (markah = 5)
c) Kuning (markah = 10)
d) Hitam (markah = 15)
e) Biru (markah = 0)

Jawapan : D (markah 15)

14. BILAKAH KALI TERAKHIR KAMU TERASA AMAT LEMAH
      HINGGA TERPAKSA MEMINTA PERTOLONGAN
      PASANGAN KAMU?

a) Baru 24 jam lepas (markah = 0)
b) Dalam minggu lepas (markah = 5)
c) Dalam bulan lepas (markah = 10)
d) Dalam tahun ini (markah = 15)
e) Saya langsung tak ingat (markah = 20)

Jawapan : D (markah 15)

15. JIKA ADA SKANDAL YANG BERLAKU DALAM
      PEJABAT KAMU, APA YANG KAMU BUAT?

a) Dapat mengecam siapakah yang terbabit (markah = 20)
b) Kamu tidak kisah siapa pun yang terlibat (markah = 10)
c) Terus mencari dan bergosip tentangnya (markah = 15)
d) Kamu adalah orang yang terakhir ambil tahu (markah = 5)
e) Kamu langsung tidak menyedarinya hinggalah ia terbongkar (markah = 0)

Jawapan : E (markah 0)

DAH SELESAI MENJAWAB KESEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN??
JOM SEMAK JAWAPANNYA...MUDAH SAHAJA,JUMLAHKAN KESEMUA
MARKAH JAWAPAN ANDA DAN LIHAT KATEGORI APAKAH ANDA...

JAWAPAN

MARKAH 0 - 100
- Kamu bukan jenis yang menipu ataupun curang pada cinta.
  kamu seorang yang setia dan selalu merendah diri.Antara kerja,peribadi,
  kamu seimbangkan dan tiada masalah dalam kedua-duanya.

MARKAH 101 - 200
- Kamu pernah terjebak dalam dunia penipuan!
  Semuanya bergantung kepada kekuatan dan keupayaan kamu
  dalam menipu orang yang tersayang.Namun, sentiasa beringat bahawa
  sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua. Cepat-cepatlah
  berterus terang demi kebahagian hubugan dan elakkan hati yang terluka.

MARKAH 201 DAN KEATAS
- Ya, kamu adalah penipu!
   Semuanya dalam kawalan kamu dan seolah-olah kamu pengarah kepada
   keadaan. Jika menipu pun kamu selalu lakukan, apatah lagi curang. Jika tak suka,
   katakan tak suka dan jangan terlalu berbangga kerana 'kemampuan' menipu tanpa
   disedari kamu itu. Namun, kamu tidak tahu mungkin pasangan kamu juga pernah
   menipu dan curang padamu.

wohooo me dah jawap dengan ikhlas dan jjur
soalan-soalan di atas...dan markah keseluruhannya ada 65 markah...
so kategori me adalah yang bukan jenis menipu...
huhuhuhu....mmg xpandai nak menipu...klo tipu ja mst ada ja yg thu...
hehehehehe....so me dah jawap n hasilnya pon dah thu...
korg plak cmna????tryla babe....gud luck!!!
hehehehe(^_~)

No comments: