Friday, April 8, 2011

~SUKAR TUK KU UNGKAPKAN~

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA...

da lama rsanya me xupdate blog me kan...
actualy xthu apa yg nak dikongsikan lg...
mcm da kering idea plak....hehehe....
tp apa-apa pon blog la tempat yang abadi..
tuk meluahkan perasaan yg tersemat dalam hati...
sbb tu blog me diberikan nama,
ABOUT ME,MYSELF AND I...
mgkin ayat da kuno...
tapi inila ayat yg paling sesuai tuk bicara ttg idop sndri...

seperti tajuk me dia atas,
ada je kena mngena n idop me ni....
mungkin kadang-kadang benda ni pon berlaku dalam diri korang...
bermain dengan perasaan bukannya senang...
tak semua orang akan kecapi
apa yang diimpikan....tak semua juga gagal...
ada yang hidup bahagia dengan kehidupannya...
ada yang terseksa dengan perasaannya....
tak semuanya sempurna....
dan sentiasa perlu diperbaiki...

selalunya persaan yang sentiasa dipendam
boleh memakan diri sendiri...
terseksa dengan segala perasaan
yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata...
seakan mahu menjerit sekuat-kuat hati....
seakan mahu merobek-robek keluar jantung...
biar reda segala perasaan.....
namun berdayakah???
apa yang boleh dilakukan lagi untuk melepaskan segala perasaan
yang bergelodak di dalam jiwa....
kadang-kadang kita cuba berkongsi segala perasaan
dengan seseorang....meluak-luak
rasa hati ingin menceritakan segala kemurungan yang melanda diri...
namun sukar tuk diungkapkan dengan kata-kata....

mungkin tak semua orang akan faham...
apa yang kita rasa...apa yang kita alami....
kita cuba,namun mereka sukar tuk memahami....
hanya menjerit dan menangis dalam hati yang termampu....
segala perasaan disimpan dalam hati....
biar pon hati terluka,pedih kerana teramat sakit...
namun harus bertahan dan bersabar kerana
memang sukar tuk diungkapkan oleh kata-kata....
tak siapa akan mengerti kalau dibicarakan sekalipon
soal hati dan perasaan...kerana situasi yang dialami
sukar difahami....sekiranya diluahkan,
mungkin akan menimbulkan kemarahan dalam diri...
maka akan bertambahla keparahan hati....
SILENT IS MUCH BETTER....

selagi termampu tuk dipendamkan segala perasaan...
selagi termampu tuk menahan segala kesakitan....
selagi berdaya menghadapi sebarang kemungkinan....
selagi nyawa masih di badan....
selagi itula perasaan ini akan kekal abadi di dalam hati....
tak senang bukan bermain dengan hati dan perasaan....
luka yang parah ada ubat dan penawarnya...
kerana jelas nampak lukanya....
tapi luka di hati siapa yang tahu???
kerana itulah sakit yang paling parah adalah sakit hati....
sakit yang sukar menemui penawarnya....
sukar untuk merawatnya....
sabarlah ye hati.....='(




ONE HEART HORRIBLE CONDITION,
WILL TAKE ANYTHING FOR IT,
PLEASE JUST CUT IT OUT OF MY CHEST,
AND END THIS SUFFERING....(~_~)



No comments: